Bahagian-bahagian keris Keris

  • Aring -- Kerawang di pangkal mata keris.[5]
  • Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus.[6]
  • Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.[7]
  • Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris).[8]
  • Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.[9]
  • Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris).[10]
  • Dagu keris -- Hujung ganja keris.[11]
  • Gandik -- Perhiasan pada hulu keris.[12]
  • Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya.[13]
    • Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya.
    • Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
  • Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor.[14]
  • Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris).[15]
  • Landaian -- Hulu keris.[16]
  • Lok -- Kelok atau liku pada mata keris.[17]
  • Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi.[18]
  • Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya.[19]
  • Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris.[20]
  • Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris.[21] Kedongkok.[22] Pemendak.[23]
  • Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).[24] Terapan.[25]
  • Penongkok -- (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris.[26]
  • Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain).[27]
  • Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali.[28] Warangka (Jawa).[29]
  • Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk meĀ­nguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin.[30]
  • Tapih -- Salut pada sarung keris Jawa.[31]
  • Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan).[32]
  • Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.[33]

Rujukan

WikiPedia: Keris http://silat.8m.com/senjata.html http://tamingsaripurba.blogspot.com http://hulubalang-lagenda.tripod.com/keris.html http://books.google.com.my/books?id=MVoZGA2yfywC&p... http://books.google.com.my/books?id=d_jXAAAAMAAJ&q... http://www.mishafbisnes.com.my/krafmelayu/keris.ht... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aring+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=balang+keris+... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batir+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=besi+pamor+ka...